Teman Blog Tintahatiku

21 November 2010

usah biar retak itu belah


Kita sama serakit,
Tersungkur dalam ribut berputar,
Tersembam, kita bersumpah sehala,
Biarpun perit mencakar jiwa.

Di rentetan masa yang wajarnya ,
Penguji abadi mencabar segala duga,
Hingga adakalanya kita menjadi alpa, tuli dan buta,
Masing-masing seakan tidak menghormati diri,
Wujudlah sebuah erti yang hilang,
Bermulalah satu kesangsian.

Perpaduan diratah mentah,
Serakit berpecah belah ,
Tersadar di longkang belukar sampah,
Seisinya menjadi resah dan gundah,
Sudah terhantuk baru nak terngadah,
Begitulah ibarat kata pepatah,
Kerana sikap ampuh yang mudah punah.

Hidup ini kisah-kisah yang tak sudah,
Tiada hiraukan pusaka bangsa yang bermaruah,
Di tengah kesangsian ummah,
Merobek watikah,
Ilmu dan hikmah pun patah,
Kerana sesama warga menjadi musuh,
Adalah ancaman paling menggugah,

Kita tak hiraukan perjalanan sejarah,
13 mei telah tercatat sebuah kisah,
Kita bercakar, berhujah dan bertelingkah,
Dalam ribut puaka kudobrak penjajah,
Benci dan dendam kian bercambah,
Akhirnya rebah,
Kita jua yang sama musnah.

Hari ini dipintu satu,
Mempelawa deru yang baru,
Menyambut mesra menyapa tetamu,
Kita hamparkan janji pada akar-akar rekah,
Usah dibiar retak itu belah,
Samalah kita mengorak langkah,
Serentak kita usah beralah.


koleksi puisi aku untuk sejuta puisi satu malaysia

No comments:

Search This Blog