Teman Blog Tintahatiku

28 November 2010

Al-Fatihah buat emak

perginya seorang ibu
membawa ratap dan tangis sendu
tersungkur dihumban rindu
kala akhir hayatnya jumaat lalu

ibu yang kukasihkan
sayang yang takkan hilang
walau jejakku umpama dagang
di situlah aku menumpang!

untaian kata ini 
kutahu takkan sampai ke lahad sana
hanya doa kubisikkan sendirian
kuutuskan pada Tuhan,
tinggallah dunia dan cinta yang fana
kembalilah kepada Maha Pencipta
dan di sini
aku kan terus memeluk bayangan kenangan
Al-Fatihah buat arwah emak....

1 comment:

Anonymous said...

SALAM..
takziah utk ko..
arap byk2 b'sabar ye..
stiap y hidup pazti akan mati utk m'hadap penciptany........
doa byk2 agar rohny d'tmptkn b'same org2 y b'iman... ameen

Search This Blog