Teman Blog Tintahatiku

21 November 2010

Potret Warga Malaysia


Harummu,
Berabad lalu,
Berbaur air mata dan darah.

Warnamu,
Berabad lalu,
Berpalit nanah dan nestapa.

Dan kini,
Harummu mekar,
Berbaur cinta dan setia.

Warnamu indah,
Berpalit damai dan perpaduan.

Ertinya sebuah kanvas,
Lukisan wajah-wajah satu malaysia,
Potretnya milik pelbagai.


koleksi puisi aku untuk sejuta puisi satu malaysia.

No comments:

Search This Blog