Teman Blog Tintahatiku

12 August 2011

pemilik cinta

ketika cinta bergelayut di hatimu... 
sedarkan diri dan seluruh jiwamu 
tentang duri yang tersembunyi agar kau tahu, 
andai suatu saat kau terluka, 
itulah cinta yang sedang menguji akal dan kekuatan hatimu. 
sekuat mana cintamu adalah sekuat hatimu 
yang menyatakan cinta adalah hati yang mencintai... 
bukan hati yang dicintai... 
ia tak mengenal budi, janji atau erti... 
tetapi mengenal apa di hatimu 
meski cuba kau sembunyikan dari dirimu sendiri... 
pulanglah kepada pemilik cinta yang satu 
kerana cinta setiap insan adalah percaturan dari-Nya 
yang lebih mengetahui setiapnya.

Search This Blog