Teman Blog Tintahatiku

15 May 2011

cikgu


Dari saat pertama
Langkah kaki masih gusar

patah pertama meniti dibibir
Tatkala aku mengenal ungkapan ‘cikgu’
Besar cita kugenggam
Tinggi hasrat kupasang
Luas angan kubentang
Kerna aku punya impian  

berdiri di hadapan
Memegang sebatang kapur putih
menulis tanpa buku
Bertutur nada tersusun
Membibit kemesraan

Pada hati kecil aku berkata
tulusnya ‘cikgu’ penuh senyuman
Mudah ajarnya aku terima
Bukan kerana wajah
Tetapi luhur hatinya memikat jiwa…

Sedang aku membilang usia
Langkah mula berwarna
Semakin hari meniti rasa
Mula saatnya mengenal dunia
‘cikgu’ terus mengadun rahsia
Mengelus jiwa remaja
Agar tidak tercetus gelora
Kerna anak-anak di hadapannya
Bukan lagi anak kecil
yang meratah ketulusan
hingga rasa meracuni jiwa
Namun sabar melingkari

 bicara dan gurau senda
memikat si jiwa remaja anak didiknya
Biar  terus mesra berbunga
Biar senang ajaran diterima
Kerna sopan tuturnya
Kerna lembut lakunya
Kerna manis senyumnya
Kerna bijak caranya
bukan menjeling dengan garang
Melihat mata-mata ketakutan

Bukan bahasa tutur yang tajam
Bukan jelingan yang mengundang tohmahan
Bukan rotan yang membekas dendam…

Itulah kehidupan ‘cikgu’
Yang arif menimbang rasa
yang tahu mengesan nada
 yang bijak mengatur bicara
yang tulus mendidik anak bangsa

teringat kata budiman
kasih ibu sampai ke syurga
kasih ayah membawa bahagia
kasih guru hingga berjaya…


hasmad 12oktober2008

p/s: sungguh tak sangka, kini aku turut dipanggil sebagai 'cikgu'.... walaupun baru sahaja menjalani latihan mengajar di sekolah...

11 May 2011

jalanku

segugus waktu adalah makna
sejambak senyum adalah budi
sekuntum hati adalah tekad
hari-hari yang berlalu adalah serangkum nyawa
ada pertarungan
antara rela dan paksa
tetap jua melangkah
di bahu terhimpun segala amanat dan wasiat


di sini ada simpang
antara perjalanan pergi dan pulang
langkah seribu ranjau bercabang
berjuta warna bersilang
dalam gusar yang berperang
itulah pengalaman sepanjang jalan.


10 mei 2011

p/s: sempena menyambut hari guru, tiba-tiba guru senior lelaki membuat permintaan (mengenakan cikgu praktikal kot) utk membuat persembahan secara spontan. maka kami menyahut cabaran dengan penuh rasa gementar, segan dan silu...ahaks.... sajak ini dideklamasikan... sebenarnya sajak ni aku buat sempena masuk praktikal...iaitu pada hari kedua... sebagai catatan perjalanan hidup ke arah yang lebih mendewasakan.... ape pun, SMK Sungai Koyan adalah sebuah sekolah pertama dan dan kali pertama diraikan... anyway, SELAMAT HARI GURU untuk semua warga pendidik...

Search This Blog