puisi ni aku cipta mase otak aku tengah serabut dengan sepasang suami isteri yang boleh dikatakan cuba untuk memecahbelahkan keluarga aku....kami sekeluarga menerima mereka dengan seadanya.....tapi ada pihak yang tidak senang dengan keakraban itu...lantas menabur fitnah dan menghasut.....ermmmm....biasalah...sifat manusia yang tak senang hati tgk orang senang hati.....alhamdulillah..keluarga kami ada prinsip dan pendirian sendiri...kami mengenali ahli keluarga kami sendiri.... susu kami beri dibalas tuba....tak mengapa....pun kami terima....kerana Tuhan masih ada yang tahu segalanya.....layannnn...:
langkahnya berentak
jejaknya retak
kisahnya berlipat
ceritanya keparat...
katanya
semalam dia hilang
mencari seseorang
lama kutunggu
siang bergilir senja
dia masih tak tiba
satu tika itu
ku hitung kira
barangkali berita dari sana
persis berbisik dicuping rasa
debar tak lagi serupa
ada khabar durjana
ada kata dalam kata
ada tipu dalam tipu
hingga siang itu kelabu
hingga malam itu haru
dia tiba
dengan langkah berkapak
dan aku tersentak
jejaknya aku nampak
buat aku kelam sejenak
ada marah menderu kencang
ada sabar menghalang
dan aku terus melihat
tanpa bicara
dia hadir mengoyak rasa
dan pergi menikam jiwa
aku tak tahu...
pasti...aku tak tahu
kusemai dendam dihati
tak cambah
kutabur benci
tak menjadi
kucantas ingatan
bertunas lagi
perit kuraung sendiri
pedih kurawat sendiri
jatuh kubangun sendiri
sakit dihati
ada simpati
aku benci pada diri
punya hati begini
sudah lali dengan maki
apalagi hina dan caci
seolah sebati
kerna dendam yang tak sudah
kerna kisah berkurun sudah
kerna hasad tak mahu mengalah
akhirnya bertelingkah
dek cerita bertukar watak
bila jalannya berkarut
dan semua menjadi karut
terlalu banyak yang mengarut...
kalau bukan kerana hati
dah lama aku maki
kalau bukan kerana sabar
dah lama aku cabar
kalau bukan kerana sedar
dah lama aku kelar
tapi tak ada apa
kerna semua manusia biasa
dan kuharapkan
langkah itu bukan lagi berentak
jejak itu bukan lagi retak
biarkan belah
seharusnya itulah penyudah
kerna mengalah bukan beerti kalah...
tintahatiku 280709
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment