Teman Blog Tintahatiku

02 September 2010

cikgu

Cikgu


Dari saat pertama
Langkah kaki masih gusar
Jua patah pertama meniti dibibir
Tatkala aku mengenal ungkapan ‘cikgu’
Besar cita kugenggam
Tinggi hasrat kupasang
Luas angan kubentang
Kerna aku punya impian
untuk berdiri di depan
Memegang sebatang kapur putih
menulis tanpa buku
Bertutur nada tersusun
Membibit kemesraan
Bukan membidas rotan ditangan
Menjeling dengan garang
Melihat mata-mata ketakutan…

Pada hati kecil aku berkata
tulusnya ‘cikgu’ penuh senyuman
Mudah ajarnya aku terima
Bukan kerana wajah
Tetapi luhur hatinya memikat jiwa…

Sedang aku membilang usia
Langkah mula berwarna
Semakin hari meniti rasa
Mula saatnya mengenal dunia
‘cikgu’ terus mengadun rahsia
Mengelus jiwa remaja
Agar tidak tercetus gelora
Kerna anak-anak di hadapannya
Bukan lagi anak kecil
Adakalanya mencabar dirinya
Sehingga rasa meracuni jiwa
Namun sabarnya masih melingkari
Terus menyusun bicara dan gurau senda
Untuk memikat si jiwa remaja anak didiknya
Biar  terus mesra berbunga
Biar senang ajaran diterima
Kerna sopan tuturnya
Kerna lembut lakunya
Kerna manis senyumnya
Kerna bijak caranya
Bukan dengan kesat melempar kata
Bukan dengan jelingan yang mengundang benci
Bukan dengan rotan  yang meninggalkan dendam…

Itulah kehidupan ‘cikgu’
Yang arif menimbang rasa
yang tahu mengesan nada
 yang bijak mengatur bicara
yang tulus mendidik anak bangsa

teringat kata budiman
kasih ibu sampai ke syurga
kasih ayah membawa bahagia
kasih guru hingga berjaya…



 12oktober2008

No comments:

Search This Blog