Teman Blog Tintahatiku

15 May 2011

cikgu


Dari saat pertama
Langkah kaki masih gusar

patah pertama meniti dibibir
Tatkala aku mengenal ungkapan ‘cikgu’
Besar cita kugenggam
Tinggi hasrat kupasang
Luas angan kubentang
Kerna aku punya impian  

berdiri di hadapan
Memegang sebatang kapur putih
menulis tanpa buku
Bertutur nada tersusun
Membibit kemesraan

Pada hati kecil aku berkata
tulusnya ‘cikgu’ penuh senyuman
Mudah ajarnya aku terima
Bukan kerana wajah
Tetapi luhur hatinya memikat jiwa…

Sedang aku membilang usia
Langkah mula berwarna
Semakin hari meniti rasa
Mula saatnya mengenal dunia
‘cikgu’ terus mengadun rahsia
Mengelus jiwa remaja
Agar tidak tercetus gelora
Kerna anak-anak di hadapannya
Bukan lagi anak kecil
yang meratah ketulusan
hingga rasa meracuni jiwa
Namun sabar melingkari

 bicara dan gurau senda
memikat si jiwa remaja anak didiknya
Biar  terus mesra berbunga
Biar senang ajaran diterima
Kerna sopan tuturnya
Kerna lembut lakunya
Kerna manis senyumnya
Kerna bijak caranya
bukan menjeling dengan garang
Melihat mata-mata ketakutan

Bukan bahasa tutur yang tajam
Bukan jelingan yang mengundang tohmahan
Bukan rotan yang membekas dendam…

Itulah kehidupan ‘cikgu’
Yang arif menimbang rasa
yang tahu mengesan nada
 yang bijak mengatur bicara
yang tulus mendidik anak bangsa

teringat kata budiman
kasih ibu sampai ke syurga
kasih ayah membawa bahagia
kasih guru hingga berjaya…


hasmad 12oktober2008

p/s: sungguh tak sangka, kini aku turut dipanggil sebagai 'cikgu'.... walaupun baru sahaja menjalani latihan mengajar di sekolah...

No comments:

Search This Blog