Teman Blog Tintahatiku

31 December 2011

aku cuma cinta II



“Masuklah”
“mana yang lain?” sambil mata mengerling sekeliling. Ingat aku tak Nampak agaknye.
“takde.” Sambil melirik senyum. “duduklah, nak buat air jap”
“Ok.”
Aku pun berlalu ke dapur sebagai pelayan tetamu untuk membancuh air. Agak baik bunyinya. Sememangnya begitulah.
“Abangggg!!!” 
“Ye, kenape?” terkoncoh-koncoh dia menuju ke dapur. Ada sesuatu yang berlaku barangkali.
“aduuhhh!!!” dia menjerit. Tangannya menekup dahi yang bercucuran mengalir darah merah.
“abang, kenapa? Sakit ke abang?” tepat hayunan kapak mengena di dahinya. 
Baru sakit yang berdarah kau mengaduh. Aku melihat dia sudah rebah. Mungkin hentakan itu kuat mengena. Bergegar otak agaknye. Entah lepas ni masih boleh kenal aku entah tidak.
Aku mendapatkan dia yang masih sedang bingung-bingung menahan sakitnya. Tali lembu yang dah dikorbankan raya haji hari tu sedang menanti. Kedua belah tangan dan kaki kuikat rapi pada kerusi. Semua dah kusediakan. Sudah lama aku nantikan saat ini. Darah di dahinya dibiar terus mengalir. Begitulah hati aku yang terluka oleh kamu wahai sayang. Cuma kamu tak pernah pedulikan sakit yang kutanggung. Sekarang giliran kamu!
“sakitnya, yang. Kenapa ni yang?” soalnya terpinga-pinga. Terketar-ketar suaranya menahan sakit. Aku semakin tidak sabar.
“nak raikan kedatangan abang, je. Jangan risau ye. Kita berdua je.” 
“tapi ke..kenaapaaa ma…cam..nii…” 
“memang macam ni lah.. dan sepatutnya lebih dari ini. Kau tahu macam mana aku menderita dengan perbuatan kau yang menyakitkan hati aku???? Kau tak pernah Tanya, kan?”
“abang mintak maaf, yang”
“aku pun nak mintak maaf jugak, tapi lepas aku ceritakan kesakitan yang aku lalui. Bersabar ya sayang…” tanpa sedar, rupanya air mataku mengalir juga. Tapi sayang, aku tak dapat memaafkanmu! Dah terlambat, sayang.
pisau di tangan sedang menunggu di mana mahu diratah mentah-mentah. Banyak yang aku nak tulis pada badan kau supaya kau ingat apa yang aku bagitau.
“Aku dah taknak dengar suara kau! Kau diam atau aku sumbat dengan kain lap sinki kat mulut kau!”
“jangan, yang. Sakit… lepaskan abang. Lepas ni abang tak buat lagi”
“kau degil! Dah banyak kali aku bagi kau peluang. Tapi kau persiakan. Sekarang kau nak bising pulak”
Aku sumbat mulutnya dengan kain lap sinki dengan salotip. Barulah diam. Damai sikit aku rasa.
Pertama sekali aku tulis “aku cintakan kau sepenuh hatiku” pada lengannya. Merah darah yang mengalir tak kuhirau lagi.
“kau tahu tak betapa aku mencintai kau?? Biar aku tuliskan di sini supaya kau tak pernah lupa! Sakit ke sayang? Sakit lagi aku mencintai kau… tapi kau tak pernah peduli, kan???? ”
Bajunya aku gunting. Menampakkan dadanya.

“ni, di dada ini, ada hati. Tp mati. Di mana kau letakkan nama aku??? Aku tak Nampak pun. Biar aku tuliskan ye sayang. Besar-besar lagi.”

satu persatu aku toreh abjad namaku di dada bidangnya. Seperti air paip darahnya mengalir bercampur air mata. Tak tertahan sakitnya. Aku mengerti namun sakit aku lebih dari itu.

“jangan menangis ya sayang. Simpan air mata mu itu. Aku dah banyak menangis untukmu. Menangis untuk kita. Jangan menangis lagi ya…”

aku lihat dia semakin lemah. mungkin sudah tidak berdaya menahan sakit. aku pun berhenti sambil mengelap darah di badannya. tiba-tiba aku terasa sebak. insan yang paling aku sayangi terkulai di tangan sendiri.

“aku penatlah. kau rehatlah dulu. nanti aku bangun, kita sambung balik."


0 comments:

Search This Blog

Loading...